Isnin, 16 Mac 2020

PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI KOKURIKULUM

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 di Malaysia, semua aktiviti kokurkulum yang telah dirancang untuk dilaksanakan di sekolah adalah ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Hal ini adalah lanjutan daripada garis panduan pelaksanaan standard (SOP) yang dikeluarkan Kementeian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung aktiviti di sekolah. Perkara ini meliputi:-

  • Latihan
  • Penerangan dan taklimat
  • Mesyuarat dan ceramah
  • Pertandingan, karnival atau festival
  • Upacara penyampaian hadiah dan sijil penghargaan.

Pihak sekolah telah menghentikan semua aktiviti seperti yang disebutkan di atas. Sehubungan itu semua ibu bapa dan waris murid-murid adalah diminta mengambil maklum dan perihatin mengenai perkara ini. Semua perkembangan terkini berhubung aktiviti kokurikulum sekolah akan dihebahkan melalui saluran-saluran rasmi (WhatApps, Telegram) sekolah.

Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecuaian, kehilangan harta benda, kecederaan atau lain-lain kejadian yang tidak dingini ke atas diri anak tuan puan yang berpunca daripada kelalaian pihak ibu bapa atau waris.

Sekian, harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan