Jumaat, 4 September 2020

PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM PASCA COVID-19

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan pengumuman pihak kerajaan berhubung dengan pembukaan sekolah serta bermulanya aktiviti-aktiviti sukan dan permainan dalam kalangan komuniti pihak sekolah akan memulakan aktiviti kokurikulum seperti yang dinyatakan di bawah:-


  • Hari Rabu
  • 9 September 2020
  • 1:10 petang - 2:10 petang
Semua murid Tahap Dua adalah diwajibkan menghadiri aktiviti kokurikulum sekolah. Markah kehadiran dan penyertaan akan direkodkan dalam sistem PAJSK. Markah kumulatif akan dijana dan dicetak dalam sijil PAJSK dan diserahkan kepada murid bersama-sama keputusan UPSR sebelum murid-muriid ke sekolah menengah.

Sekian.

Selasa, 18 Ogos 2020

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2020

 Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Sukacita memaklumkan bahawa majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan peringkat SKBTM telah dijadualkan diadakan sepertiyanhg di catatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 19 Ogos 2020
  • Dewan Mutiara, SKBTM
  • 8:00 pagi


Majlis pelancaran ini adalah acara tahunan SKBTM. Pada tahun ini tema sambutan hari kemerdekaan ialah "MALAYSIA PRIHATIN". Sambutan bulan kemerdekaan bermula pada 16 Ogos hingga 16 September. Semua murid Tahun Dua dan Tahun Tiga terlibat dengan majlis pelancaran ini. Semua murid adalah digalakkan membawa Jalur Gemilang untuk dikibarkan pada majlis pelancaran itu.

Sekian. Harap maklum.

Rabu, 1 Julai 2020

PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI KOKURIKULUM PASCA COVID-19

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan pengumuman yang dibuat Menteri Pendidikan mengenai pembukaan semua sekolah rendah dan menengah kebangsaan bermula 15 Julai 2020.

Semua aktiviti kokurikulum, sukan permainan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) adalah dibatalkan. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan mengeluarkan garis panduan serta arahan baharu sekiranya aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas dibenarkan dijalankan di sekolah-sekolah.

Sekian. Harap maklum

Isnin, 16 Mac 2020

PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI KOKURIKULUM

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Selaras dengan perkembangan terkini penularan wabak COVID-19 di Malaysia, semua aktiviti kokurkulum yang telah dirancang untuk dilaksanakan di sekolah adalah ditangguhkan ke tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Hal ini adalah lanjutan daripada garis panduan pelaksanaan standard (SOP) yang dikeluarkan Kementeian Pelajaran Malaysia (KPM) berhubung aktiviti di sekolah. Perkara ini meliputi:-

  • Latihan
  • Penerangan dan taklimat
  • Mesyuarat dan ceramah
  • Pertandingan, karnival atau festival
  • Upacara penyampaian hadiah dan sijil penghargaan.

Pihak sekolah telah menghentikan semua aktiviti seperti yang disebutkan di atas. Sehubungan itu semua ibu bapa dan waris murid-murid adalah diminta mengambil maklum dan perihatin mengenai perkara ini. Semua perkembangan terkini berhubung aktiviti kokurikulum sekolah akan dihebahkan melalui saluran-saluran rasmi (WhatApps, Telegram) sekolah.

Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecuaian, kehilangan harta benda, kecederaan atau lain-lain kejadian yang tidak dingini ke atas diri anak tuan puan yang berpunca daripada kelalaian pihak ibu bapa atau waris.

Sekian, harap maklum.

Isnin, 24 Februari 2020

UJIAN SEGAK MURID-MURID TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimalkumkan bahawa ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk murid-murid Tahun Empat hingga Tahun Enam akan dilakukan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  •  Tahun Empat
    • Hari Selasa
    • 25 Februari 2020
    • 8:00 pagi - 1:35 petang
  • Tahun Lima
    • Hari Rabu
    • 26 Februari 2020
    • 8:00 pagi - 12:35 tengah hari
  • Tahun Enam
    • Hari Khamis
    • 27 Februari 2020
    • 8:00 pagi - 1:35 petang
Ujian SEGAK ini dijalankan sebanyak dua kali setahun. Markah terkumpul dari Tahun Empat hingga Tahun Enam akan dicetak dalam sijil PAJSK dan akan diserahkan bersama-sama keputusan UPSR. Justeru itu semua murid Tahun Empat hingga Tahun Enam dikehendaki hadir ke sekolah dengan berpakaian sukan yang lengkap untuk menjalankan ujian tersebut. Sekian, harap maklum.

Jumaat, 14 Februari 2020

ACARA-ACARA AKHIR PADANG KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adaah dimaklumkan bahawa acara-acara akhir padang telah dijadualkan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin
  • 17 Februari 2020
  • Padang sekolah
  • Semua wakil rumah sukan acara-acara padang seperti Lompat Tinggi, Lontar Peluru dan Lompat Jauh

Justeru itu semua murid SKBTM dikehendaki memakai baju PJ pada hari tersebut. Semua murid juga dikehendaki membawa buku mengikut jadual bermula jam 12:00 tengah hari. DIingatkan juga supaya semua murid membawa bekalan miuman yang mencukupi untuk mengelakkan kehausan dalam cuaca panas sekarang ini.

Sekian. Harap maklum.

Isnin, 10 Februari 2020

ACARA-ACARA AKHIR KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA TAHUNAN SKBTM 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa beberapa acara peringkat akhir Kejohanan Sukan dan Olaraga Tahunan SKBTM 2020 akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-
  • Acara Lompat Tinggi (L) & (P) Tahun 4 hingga 6
  • Acara Lontar Peluru (L) & (P) Tahun 4 hingga 6
  • Acara Lompat Jauh (L) & (P) Tahun 4 hingga 6
Semua acara yang disebutkan di atas akan dijalankan pada jadual yang disediakan di bawah:-
  • Hari Isnin dan hari Selasa
  • 17 dan 18 Februari 2020
  • Padang sekolah
Semua peserta yang mewakili rumah sukan masing-masing diminta bersedia pada hari yang dinyatakan di atas. Sekian, harap maklum.