Isnin, 24 Februari 2020

UJIAN SEGAK MURID-MURID TAHUN 4 HINGGA TAHUN 6

Salam sejahtera dan salam Sinergi,

Adalah dimalkumkan bahawa ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) untuk murid-murid Tahun Empat hingga Tahun Enam akan dilakukan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  •  Tahun Empat
    • Hari Selasa
    • 25 Februari 2020
    • 8:00 pagi - 1:35 petang
  • Tahun Lima
    • Hari Rabu
    • 26 Februari 2020
    • 8:00 pagi - 12:35 tengah hari
  • Tahun Enam
    • Hari Khamis
    • 27 Februari 2020
    • 8:00 pagi - 1:35 petang
Ujian SEGAK ini dijalankan sebanyak dua kali setahun. Markah terkumpul dari Tahun Empat hingga Tahun Enam akan dicetak dalam sijil PAJSK dan akan diserahkan bersama-sama keputusan UPSR. Justeru itu semua murid Tahun Empat hingga Tahun Enam dikehendaki hadir ke sekolah dengan berpakaian sukan yang lengkap untuk menjalankan ujian tersebut. Sekian, harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan