Khamis, 21 September 2017

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2017

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa pihak sekolah akan menganjurkan perkhemahan kokurikulum tahunan yang melibatkan penyertaan tiga buah sekolah. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Bandar Tasek Mutiara, SK Tasik Permai dan SK Seri Tasek.

Perkhemahan ini akan diadakan di Pusat Kokurikulum, Bukit Mertajam selama dua hari bermula hari Jumaat, 29 September hingga hari Sabtu, 30 September 2017. Peserta perkhemahan adalah murid-murid dari Tahun Empat hingga Tahun Enam dari semua unit beruniform sekolah.

Sekian. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan