Ahad, 30 April 2017

KARNIVAL BAHASA 2017

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah akan menghantar beberapa pasukan ke Karnival Bahasa KoKurikulum Akademik 2017 yang dijadualkan diadakan seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 3 Mei 2017
  • SK Sungai Bakap

Program ini merupakan aktiviti tahunan KPM dengan kerjasama erat JPP, PPD dan sekolah-sekolah. Ia bertujuan mencungkil bakat-bakat dalam kalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah dalam bidang pengucapan awam, bercerita, persembahan bahasa berirama, persembahan 'choral speaking' serta persembahan 'action song'.

Pihak sekolah akan menghantar penyertaan dalam acara:-
  1. Public Speaking
  2. Action Song
  3. Choral Speaking
  4. Bahasa Berirama
  5. Bercerita
  6. Pidato
Marilah semua warga SKBTM bersama-sama menyokong pasukan sekolah ini dan mendoakan mereka yang bertanding mendapat kejayaan cemerlang. 

Sekian, Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan