Khamis, 14 April 2016

ACARA SUKANTARA DAN SUKANEKA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2016

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa acara-acara sukantara dan sukaneka murid-murid Tahun Satu dan kelas prasekolah akan dijalankan bermula pada tarikh-tarikh seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Selasa - hari Jumaat
  • 19 April - 22 April 2016
  • Semua murid
  • Berpakaian sukan atau yang bersasuaian

Semua murid adalah diwajibkan mengambil bahagian dalam acara-acara sukantara. Ini adalah sebahagian daripada program untuk melibatkan semua murid dalam setiap rumah sukan. Acara-acara sukantara ialah Lari pecut 100m(murid Tahap Dua), lari pecut 80m (murid Tahap Satu), lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru Acara-acara sukaneka dikhaskan kepada murid-murid Tahun Satu dan Prasekolah sahaja.

Sekian. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan