Sabtu, 5 Mac 2016

PENANGGUHAN LATIHAN RUMAH SUKAN

Salam sejahtera dan Salam Sinergi 5P:

Adalah dimaklumkan bahawa semua latihan rumah sukan pada hari Isnin dan Selasa adalah ditangguhkan bagi memberi laluan kepada ujian kemajuan satu yang telah dijadualkan dilaksanakan bermula hari Isnin, 7 Mac 2016 - hari Jumaat, 11 Mac 2016.

Penangguhan ini bagi membolehkan murid-murid mengulangkaji mata pelajaran bagi menghadapi ujian kemajuan itu. Sehubungan dengan itu, semua ibu bapa dan waris adalah diminta mengambil maklum perkara bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Sekian dan harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan