Sabtu, 1 Februari 2020

PERUBAHAN WAKTU LATIHAN RUMAH SUKAN 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa jadual latihan rumah sukan untuk Kejohanan Olahraga dan Sukan Tahunan 2020 adalah seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Selasa hingga hari Khamis
  • 7:30 pagi hingga 8:30 pagi
  • Padang sekolah
  • Pakaian sukan yang sesuai
Perubahan jadual latihan dibuat disebabkan oleh keadaaan cuaca panas melampau yang dialami sekarang. Keputusan ini diambil untuk mengelakkan daripada insiden strok haba dalam kalangan murid-murid dan guru-guru. Langkah ini juga untuk memastikan kehadiran ke latihan sukan mencapai KPI pihak sekolah. Jadual PdPc baharu sepanjang waktu latihan sukan telah diedarkan kepada semua murid.

Sekian, harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan