Ahad, 26 Januari 2020

AKTIVITI KOKURIKULUM BAGI MURID-MURID TAHUN EMPAT, LIMA DAN ENAM 2020

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum bagi murid-murid di Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam adalah seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Rabu
  • 1;05 petang hingga 3:05 petang
  • Pakaian unit beruniform
Sehubungan dengan itu, semua murid adalah diwajibkan mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan pihak sekolah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2/2007 bertarikh 15 Januari 2007.

Para ibu bapa diharapkan dapat memastikan kehadiran anak tuan puan ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum. Penglibatan aktif di dalam semua cabang aktiviti kokurikulum dari Tahun Empat hingga Tahun Enam penting bagi mendapat markah terkumpul dalam sijil pentaksiran jasmani dan kokurikulum (PAJSK) di akhir persekolahan di Tahun Enam. Markah terkumpulan PAJSK penting untuk melayakkan anak tuan puan dapat mendaftar ke sekolah-sekolah menengah pilihan berdasarkan keputusan UPSR.

Sekian, harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan