Selasa, 16 Januari 2018

MERENTAS DESA 2018

Salam sejahtera dan salam Sinergi 5P,

Sukacita dimaklumkan bahawa acara merentas desa telah dijadualkan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Khamis
  • 1 Februari 2018
  • 2:30 petang
Acara ini merupakan kegiatan sukan tahunan yang melibatkan murid-murid Tahap Dua. Jarak larian yang dicadangkan adalah sejauh 2.75 kilometer bagi murid-murid sekolah rendah. Kepada murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan seperti penat, lelah asma, masalah jantung dan sebagainya akan dikecualikan daripada mengambil bahagian dalam acara ini. Surat kebenaran ibu bapa akan diedarkan bagi mendapat persetujuan ibu bapa atau waris terhadap penyertaan anak atau jagaan mereka. Murid-murid yang tidak atau gagal mengembalikan semua keratan jawapan  penyertaan kepada guru kelas akan dianggap tidak layak untuk menyertainya.

Justeru itu pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya bagi menjamin keselamatan murid-murid semasa menyertai larian merentas desa ini. Sehubungan dengan itu pihak sekolah akan mengadakan latihan acara merentas desa pada 17 Januari 2018 bagi membiasakan murid-murid kepada laluan yang ditetapkan. Semua murid dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai semasa mengikuti acara tersebut.

Sekian, terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan