Rabu, 3 Februari 2016

AKTIVITI KOKURIKULUM BIL 4/2016

Salam sejahtera dan Salam Sinergi 5P,

Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum pada hari Rabu, 17 Februari 2016 adalah seperti yang dinyatakan di bawah:

  • Aktiviti Kelab / Persatuan..................2:00 petang - 3:00 petang
  • Aktiviti Sukan / Permainan................3:00 petang - 4:00 petang
Sehubungan dengan itu, semua murid Tahap Dua (Tahun Empat, Tahun Lima dan Tahun Enam) adalah diwajibkan hadir ke aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas dengan memakai pakaian sukan yang sesuai. Murid-murid juga dikehendaki membawa bersama-sama buku / kad PAJSK yang telah diedarkan oleh guru kelas. Semua maklumat peribadi murid hendaklah dilengkapkan oleh ibu bapa atau waris.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan