Khamis, 22 Oktober 2015

PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM 2015

Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa pengurusan Kokurikulum SKBTM akan mengadakan perkhemahan unit-unit beruniform seperti yang dinyatakan di bawah:-

  • Hari Jumaat - hari Ahad.
  • 30 Oktober - 1 November 2015.
  • Ahli pasukan beruniform Tahun Enam, Tahun Lima dan Tahun Empat.
  • Kawasan perkhemahan di persekitaran sekolah.
Aktiviti perkhemahan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti tahunan sekolah yang mensasarkan penglibatan murid terutamanya murid-murid Tahun Enam. Surat pemberitahuan dan kebenaran ibu bapa bagi ahli pasukan beruniform terpilih akan diedarkan menjelang tarikh perkhemahan tersebut.

Sekian. Harap maklum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan