Rabu, 22 April 2015

KARNIVAL KOKURIKULUM - BAHASA PERINGKAT ZON R20

Salam sejehtera,

Sukacita memaklumkan bahawa SKBTM akan menghantar beberapa pasukan pada Karnival Kokurikulum - Bahasa Kumpulan 20 peringkat Zon Seberang Perai Selatan. Karnival ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPPP) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi mencungkil bakat-bakat di kalangan murid-murid sekolah rendah dan menengah dalam pelbagai acara seperti Choral Speaking, Berpidato, Bahasa Berirama, Bercerita dan lain-lain.

Karnival ini dijadualkan diadakan seperi yang dinyatakan di bawah:-
  • Hari Selasa
  • 28 April 2015
  • Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kampung Jawi
Para ibu bapa adalah dijemput untuk menyaksikan karnival tersebut sebagai tanda sokongan moral kepada pasukan SKBTM. Pihak sekolah mendoakan kejayaan cemerlang pasukan sekolah ke karnival tersebut.

Sekian. Harap maklum dan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan