Ahad, 8 Mac 2015

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA DAERAH, 2015

Salam sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa kejohanan sukan dan olahraga peringkat daerah Seberang Perai Selatan bagi tahun 2015 akan diadakan di SMK Tuanku Abdul Rahman, Nibong Tebal dan SMK Mutiara Impina, Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan bermula 9 Mac 2015 sehingga 12 Mac 2015.

Kejohanan ini melibatkan penyertaan semua sekolah menengah dan sekolah rendah di kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Selatan. SMK Tuanku Abdul Rahman akan menjadi tuan rumah bagi acara--acara padang manakala SMK Mutiara Impian menjadi tuan rumah acara-acara balapan.

Semua ibu bapa, guru dan murid-murid dijemput menyaksikan kejohanan tersebut bagi menyokong pasukan atau sekolah masing-masing. Kepada semua murid yang menjadi wakil SKBTM, pihak sekolah mendoakan kejayaan kamu. Go SKBTM Go!

Sekian. Harap maklum dan selamat berjuang dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan