Jumaat, 9 Januari 2015

JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM 2015

Salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa jadual pelaksanaan aktiviti kokurikulum bagi tahun 2015 adalah seperti yang dicatatkan di bawah:-

Minggu 1 dan Minggu 3:
  • Setiap hari Rabu
  • 2:00 petang - 4:00 petang
  • Unit Beruniform dan Kelab @ Persatuan
Minggu 2 dan Minggu 4:
  • Setiap hari Rabu
  • 2:00 petang - 4:00 petang
  • Unit Beruniform dan Sukan @ Permainan.
Aktiviti Unit Beruniform, Kelab dan Sukan hanya akan dijalankan sehingga minggu akhir bulan Januari sahaja. Mulai minggu pertama bulan Februari semua aktiviti kokurikulum akan diganti dengan latihan rumah sukan. Jadual terkini latihan rumah-rumah sukan akan diumumkan kepada semua murid Tahun 4 - 6 pada minggu akhir bulan Januari.

Semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 diwajibkan mengikuti aktiviti-aktiviti kokurikulum yang telah dirancang. Markah penyertaan dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum akan dikumpul dari setiap tahun penyertaan dan akan di hitung untuk 10% markah Kokurikulum. Markah ini adalah sebahagian daripada markah kumulatif pentaksiran sekolah rendah mengikut sistem KSSR. Jadual aktiviti akan diberikan kepada semua murid Tahun-tahun berkenaan.

Sekian. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan