Khamis, 27 Februari 2014

KEJOHANAN SUKAN DAN OLAHRAGA DAERAH 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Kejohanan Sukan dan Olahraga Daerah 2014 akan diadakan seperti yang dicatatkan di bawah:-

  • Hari Isnin - hari Jumaat
  • 3 Mac - 7 Mac 2014
  • Stadium Negeri, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan.

Sehubungan itu, pihak sekolah telah menghantar satu kontijen atlet olahraga seramai 12 otang murid serta 3 orang guru pembimbing ke kejohanan tahunan itu. Seluruh warga SKBTM mendoakan kejayaan yang cemerlang bagi para atlet sekolah.

Para ibu bapa serta waris juga dijemput menyaksikan kejohanan tersebut sambil memberi sokongan moral kepada atlet sekolah.

Sekian, harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan