Sukacita memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum bagi tahun 2014 akan bermula seperti yang di catatkan di bawah:-
- Setiap hari Rabu
- Dari jam 2:00 petang hingga 4:00 patang
Sehubungan itu, semua murid dari Tahun Empat hingga Enam adlah diwajibkan hadir berpakaian kokurikulum yang lengkap. Setiap murid juga dikehendaki membawa bersama-sama Buku Pelaporan Aktiviti KoKurikulum semasa menghadiri aktiviti kokurikulum. Kegagalan untuk menyerahkan buku pelaporan tersebut akan menyebabkan kehadiran tidak dikira dan seterusnya menjejaskan pengiraan markah pada akhir tahun.
Kepada murid-murid yang kehilangan buku tersebut sila beli yang baharu di kedai koperasi sekolah. Bagi murid-murid Tahun Empat yang baru menyertai aktiviti kokurikulum, kad pelaporan akan diguna pakai bermula tahun 2014. Kad tersebut boleh dibeli di kedai koperasi dengan harga RM3.50.
Sekian harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan